Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Julai 2015

Jamuan Raya APIdS

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada hari Khamis yang lalu , iaitu pada 30 Julai 2015M bersamaan 14 Syawal 1436H , Persatuan Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIDS) telah mengadakan jamuan raya Aidil Fitri yang sungguh meriah
Meskipun hujan turun sebentar pada akhir-akhir program , namun program ini berjalan dengan lancar. Program ini juga dihadiri oleh semua ahli APIDS termasuk salah seorang guru penasihat APIDS sendiri iaitu Ustaz Sufillah Suyong.












































Ucapan Dari Wakil APIDS


Sesi bergambar bersama Ustaz Sufillah






Sesi menjamah mesra










Sesi Tayangan yang disediakan oleh Exco Multimedia

Proses untuk menyiapkan makanan 






Khamis, 9 Julai 2015

Pengenalan APIdS

***MAKLUMAN*** (9 APRIL 2018)

STRUKTUR KURSUS INI TELAH BERUBAH (BOLEH DIKATAKAN SEPENUHNYA).RUJUK PAMPLET DALAM PAUTAN BERIKUT UNTUK STRUKTUR KURSUS TERKINI SETAKAT SESI (2017/2018): https://drive.google.com/folderview?id=1jG0HiilZYWsb5LgkdzfJEb1FMcVXViQN




Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIdS) (2015/2016)

PASTI KALIAN TERTANYA APA ITU APIDS???

Asasi Pengajian Islam dan Sains atau lebih dikenali sebagai APIdS merupakan satu program yang hanya ditawarkan di Universiti Malaya sahaja. Program asasi ini mengambil masa selama 4 semester.
Pada semester 1 dan 2,mahasiswa/wi akan belajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan (APIUMNP). Disini kalian akan belajar subjek-subjek agama sahaja bersama mahasiswa/wi daripada Program Asasi Pengajian Islam (terbuka kepada bumiputera sahaja) dan Program Khas Bahasa Arab (khas untuk Pelajar Sabah, Sarawak dan Thailand).

Antara subjek yang akan dipelajari di APIUMNP ialah



SEMESTER 1
Klik untuk besarkan rajah

  1. English for MUET
  2. Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyyah
  3. Maharah Al-Kitabah
  4. Maharah Al-Kalam
  5. Ulum Al-Quran & Ulum Al-Hadith
  6. Praktikal Ibadat
  7. Ahadith Mukhtarah
  8. Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah I
Jumlah kredit dalam seminggu kalian belajar adalah 19 jam

SEMESTER 2
  1. Reading in English for Academic Purposes
  2. Al-Arabiyyah Li Al-Ulum Wa Al-Tiknulujiyya
  3. Al-Balaghah
  4. Al-Tasawwur Al-Islami
  5. Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah
  6. Usul Al-Syariah
  7. Fiqh Al-Sirah
  8. Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah II

Untuk semester 3 dan 4,kalian akan berpindah ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur(PASUM).
Disana kalian akan diberi pilihan sama ada untuk mengambil SAINS HAYAT  ataupun SAINS FIZIKAL..


Klik untuk besarkan rajah


Bagi yang mengambil SAINS HAYAT..

SEMESTER 3
  1. Algebra & Geometri
  2. Kalkulus
  3. Kimia Asas 1
  4. Kimia Asas 2
  5. Biologi Sel
  6. Pembiakan, Ekologi Dan Perkembangan Organisma
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 18 jam

SEMESTER 4

  1. Algebra & Kalkulus
  2. Statistik & Kebarangkalian
  3. Teknologi Maklumat
  4. Kimia Asas 3
  5. Kimia Asas 4
  6. Fisiologi Organisma
  7. Genetik & Teknologi DNA
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 19 jam

Bagi yang mengambil SAINS FIZIKAL..

SEMESTER 3


  1. Algebra & Geometri
  2. Kalkulus
  3. Kimia Asas 1
  4. Kimia Asas 2
  5. Sains Komputer 1
  6. Fizik Asas 1
  7. Fizik Asas 2
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 21 jam

SEMESTER 4

  1. Algebra & Kalkulus
  2. Statistik & Kebarangkalian
  3. Teknologi Maklumat
  4. Kimia Asas 3
  5. Kimia Asas 4
  6. Sains Komputer 2
  7. Fizik Asas 3
  8. Fizik Asas 4
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 16 jam

Syarat Kemasukan Ke Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains :





Sila ambil maklum bahawa program Asasi Pengajian Islam dan Sains merupakan program persediaan pelajar untuk kemasukan terus ke program-program Ijazah Pertama di Akademi Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya tertakluk pada syarat-syarat:

(1) Menyempurnakan pengajian Asasi Pengajian Islam dan Sains di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dengan memperolehi PNGK 3.00 ke atas;

(2) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Setelah itu, para mahasiswa/wi boleh memilih bidang yang berikut bagi meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda:


*Lihat Asasi Pengajian Islam dan Sains

Maka, setiap graduan asasi berhak memilih program ijazah sarjana muda yang layak dipohon.

 Graduan Asasi Sains Hayat boleh memilih antara yang berikut:
  1. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi)
  2. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Genetik dan Biologi Molekul)
  3. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains Biokesihatan)
  4. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar)
Manakala Graduan Asasi Sains Fizikal boleh memilih antara yang berikut:
  1. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizikal)
  2. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Multimedia



NOTA KAKI:


  • Rajah yang tertera di sini adalah terkini iaitu pada tahun 2015. 
  • Perlu diketahui bahawa asasi ini merupakan double-major based. 
  • Ingin sekali diingatkan, bahasa pengantar bagi keseluruhan semester 1 dan semester 2 adalah dalam Bahasa Arab. Hatta, segala buku teks juga dicetak dalam bahasa Arab termasuklah subjek Praktikal Ibadat meskipun tajuknya kelihatan seperti kita sedang belajar dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkukuhkanlah penguasaan Bahasa Arab sebelum menjejak langkah ke sini. Walaubagaimanapun, jika penguasaan Bahasa Arab masih belum cukup utuh, jangan risau, pensyarah-pensyarah di sini sedia membantu. Kami berani menjamin kebenaran hal ini!

Rabu, 1 Julai 2015

Panorama Akademi Pengajian Islam Nilam Puri


PINTU MASUK KE UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI
PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN
KAWASAN  RIADAH AKHAWAT (AMK)


BLOK AL-BUKHARI (BLOK KULIAH DAN TUTORIAL)


WAKAF TEMPAT BEREHAT

KOPERASI KOLEJ KEDIAMAN

KAWASAN KAFE UNIVERSITI MALAYA

KAWASAN PERSEKITARAN DI DEWAN JOHOR
MAKTABAH AL-MALIK FAISAL DI ATAS DAN DEWAN JOHOR DI BAWAH


ASRAMA AL-GHAZALI ASRAMA MAHASISWA