Khamis, 9 Julai 2015

Pengenalan APIdS

Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIdS)

PASTI KALIAN TERTANYA APA ITU APIDS???

Asasi Pengajian Islam dan Sains atau lebih dikenali sebagai APIdS merupakan satu program yang hanya ditawarkan di Universiti Malaya sahaja. Program asasi ini mengambil masa selama 4 semester.
Pada semester 1 dan 2,mahasiswa/wi akan belajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan (APIUMNP). Disini kalian akan belajar subjek-subjek agama sahaja bersama mahasiswa/wi daripada Program Asasi Pengajian Islam (terbuka kepada bumiputera sahaja) dan Program Khas Bahasa Arab (khas untuk Pelajar Sabah, Sarawak dan Thailand).

Antara subjek yang akan dipelajari di APIUMNP ialah



SEMESTER 1
Klik untuk besarkan rajah

  1. English for MUET
  2. Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyyah
  3. Maharah Al-Kitabah
  4. Maharah Al-Kalam
  5. Ulum Al-Quran & Ulum Al-Hadith
  6. Praktikal Ibadat
  7. Ahadith Mukhtarah
  8. Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah I
Jumlah kredit dalam seminggu kalian belajar adalah 19 jam

SEMESTER 2
  1. Reading in English for Academic Purposes
  2. Al-Arabiyyah Li Al-Ulum Wa Al-Tiknulujiyya
  3. Al-Balaghah
  4. Al-Tasawwur Al-Islami
  5. Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah
  6. Usul Al-Syariah
  7. Fiqh Al-Sirah
  8. Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah II

Untuk semester 3 dan 4,kalian akan berpindah ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur(PASUM).
Disana kalian akan diberi pilihan sama ada untuk mengambil SAINS HAYAT  ataupun SAINS FIZIKAL..


Klik untuk besarkan rajah


Bagi yang mengambil SAINS HAYAT..

SEMESTER 3
  1. Algebra & Geometri
  2. Kalkulus
  3. Kimia Asas 1
  4. Kimia Asas 2
  5. Biologi Sel
  6. Pembiakan, Ekologi Dan Perkembangan Organisma
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 18 jam

SEMESTER 4

  1. Algebra & Kalkulus
  2. Statistik & Kebarangkalian
  3. Teknologi Maklumat
  4. Kimia Asas 3
  5. Kimia Asas 4
  6. Fisiologi Organisma
  7. Genetik & Teknologi DNA
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 19 jam

Bagi yang mengambil SAINS FIZIKAL..

SEMESTER 3


  1. Algebra & Geometri
  2. Kalkulus
  3. Kimia Asas 1
  4. Kimia Asas 2
  5. Sains Komputer 1
  6. Fizik Asas 1
  7. Fizik Asas 2
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 21 jam

SEMESTER 4

  1. Algebra & Kalkulus
  2. Statistik & Kebarangkalian
  3. Teknologi Maklumat
  4. Kimia Asas 3
  5. Kimia Asas 4
  6. Sains Komputer 2
  7. Fizik Asas 3
  8. Fizik Asas 4
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 16 jam

Syarat Kemasukan Ke Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains :




Sila ambil maklum bahawa program Asasi Pengajian Islam dan Sains merupakan program persediaan pelajar untuk kemasukan terus ke program-program Ijazah Pertama di Akademi Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya tertakluk pada syarat-syarat:

(1) Menyempurnakan pengajian Asasi Pengajian Islam dan Sains di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dengan memperolehi PNGK 3.00 ke atas;

(2) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Setelah itu, para mahasiswa/wi boleh memilih bidang yang berikut bagi meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda:

*Lihat Asasi Pengajian Islam dan Sains

Maka, setiap graduan asasi berhak memilih program ijazah sarjana muda yang layak dipohon.

 Graduan Asasi Sains Hayat boleh memilih antara yang berikut:
  1. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi)
  2. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Genetik dan Biologi Molekul)
  3. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains Biokesihatan)
  4. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar)
Manakala Graduan Asasi Sains Fizikal boleh memilih antara yang berikut:
  1. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizikal)
  2. Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Multimedia



NOTA KAKI:

  • Rajah yang tertera di sini adalah terkini iaitu pada tahun 2015. 
  • Perlu diketahui bahawa asasi ini merupakan double-major based. 
  • Ingin sekali diingatkan, bahasa pengantar bagi keseluruhan semester 1 dan semester 2 adalah dalam Bahasa Arab. Hatta, segala buku teks juga dicetak dalam bahasa Arab termasuklah subjek Praktikal Ibadat meskipun tajuknya kelihatan seperti kita sedang belajar dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkukuhkanlah penguasaan Bahasa Arab sebelum menjejak langkah ke sini. Walaubagaimanapun, jika penguasaan Bahasa Arab masih belum cukup utuh, jangan risau, pensyarah-pensyarah di sini sedia membantu. Kami berani menjamin kebenaran hal ini!

25 ulasan:

  1. saya berminat nak amik course ini tapi boleh saya tahu, degree nanti memang boleh amik yang disenaraikan itu sahaja ke?

    BalasPadam
  2. Ya. Hanya pengkhususan atau couse yang disenaraikan itu sahaja yang boleh diambil ketika Degree nanti.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,, nk tnya .. course ni ada temuduga ke ??

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam. Untuk sesi kemasukan tahun 2016 ini, tiada temuduga yang akan dijalankan. Hanya perlu isi permohonan di UPU sahaja.

    BalasPadam
  5. Asslam.. nak apply kat upu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Amirul Faiz.
      Ya, melalui UPU.

      Boleh mohon ya :)

      Padam
  6. Assalamualaikum. Pelajar lepasan APIDS boleh mengikuti program ijazah sajana muda kejuruteraan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Pelajar lepasan APIDS hanya boleh mengikuti program sarjana muda (Degree) seperti berikut:

      " Graduan Asasi Sains Hayat boleh memilih antara yang berikut:
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Genetik dan Biologi Molekul)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains Biokesihatan)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar)
      Manakala Graduan Asasi Sains Fizikal boleh memilih antara yang berikut:
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizikal)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Multimedia"

      Padam
    2. Okay faham. Terima kasih ya!

      Padam
  7. Klau dari APIDS , nak mohon ijazah dlm bidang astronomi di UM boleh ke ? Mcm mne nak amik ijazah astronomi tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam warahmatullah Cik Siti.
      Pelajar lepasan APIDS hanya boleh mengikuti program sarjana muda (Degree) seperti berikut:

      " Graduan Asasi Sains Hayat boleh memilih antara yang berikut:
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Genetik dan Biologi Molekul)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains Biokesihatan)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar)
      Manakala Graduan Asasi Sains Fizikal boleh memilih antara yang berikut:
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizikal)
      Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Multimedia"

      Padam
  8. Assalamualaikum,
    bolehkah pelajar lepasan STAM terus memohon kursus Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains? Atau perlu mengikuti pengajian di asasi juga?

    Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains di Universiti Malaya hanya dibuka untuk pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains di Universiti Malaya sahaja. Pelajar lepasan STAM pula boleh memgikuti kursus dalam Sarjana Muda yang lain tetapi masih di bawah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

      Padam
  9. Assalamualaikum, boleh ke lepasan APIDS ambil bidang perubatan, atau mudahnya jadi doktor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam warhmatullah, secara umumnya, tak boleh, akan tetapi boleh di bidang 'di sebalik tabir' seperti mencipta paten ubat atau alat-alat bedah dan sebagainya.

      Padam
  10. Tahun 2017 ni , asasi akademi pengajian Islam sahaja ade temuduga ke ??

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, kalau tak ada ambil option arab dalam spm boleh mohon untuk pengajian ni atau tak?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, boleh tak mohon walaupun saya tak ambil subjek Bahasa Arab?

    BalasPadam
  13. Asssalamualaikum.nak tanya.course ni ramai tak student.and apa peluang kerja?

    BalasPadam
  14. salam..saya ada baca bahawa asasi pengajian islam dan sains UM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera juga...saya nak tanya....macam mana pengalaman seorang bukan bumiputera semasa belajar asasi pengajian islam dan sains,sbb saya ada berjumpa dgn family2 yang tak benarkan anak mereka mengambil mana2 kursus yang ada kena mengena dgn islam..family saya juga macam tu..dan juga mungkin pelajar itu tak tahu bahasa arab..maaf ye,saya tak ada niat nak sentuh mana2 isu sensitif...juga nak tanya,macam mana kalo saya tak ambil pendidikan islam/pendidikan al quran dan as sunnah/pendidikan syariah islamiah/tasawwur islam/bahasa arab masa spm?

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..nak tnye masa sem 3 dan 4 blaja fizik n chemistry yg basic je ke or lebih mendalam..dan sem 1 dan 2 blaja melibatkan bahasa arab ke??
    mohon penjelasan

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum.. satu sem asasi ni brape lame ??? 3 bulan ? so nk abeskan program asasi ni berapa lama ?

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum... Lepasan asasi pengajian islam dan sains.. Ini.. Boleh tak sambung ke bidang kesihatan yang lain.. Seperti fisioterapi?.. Mohon membalas..
    Terima kasih 😊

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum.nak tanya..kalau ambik asasi pengajian islam dan sains..boleh pursue utk bidang senibina ka? mohon membalas dan terima kasih

    BalasPadam