Cari Blog Ini

Ahad, 6 Mac 2016

Realiti APIDS

Alhamdulillah, pada 18.2.2016 yang lalu, telah tamatnya semester 2 bagi pelajar APIDS, sekaligus merangkap tamatnya sesi pembelajaran kami di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Kami akan bercuti selama dua bulan lebih, sebelum meneruskan pembelajaran kami di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada bulan 5 nanti, In shaa Allah.

Untuk post kali ini, kami akan menceritakan beberapa perkara penting tentang Asasi Pengajian Islam dan Sains ini, khas untuk adik-adik lepasan SPM. Post ini bertujuan untuk mendedahkan lagi perkara-perkara yang lebih mendalam untuk pengetahuan anda.

Asasi ini sebenarnya bidang yang baru sahaja beberapa tahun dilaksanakan oleh Universiti Malaya, dan kami adalah kohort / batch ke-14. Bidang ini bertujuan untuk melahirkan generasi Saintis Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang, serta menyumbang kepada agama dan negara. APIDS mempunyai keluarga tersendiri, iaitu Lajnah SGPI (Sains Gunaan dan Pengajian Islam), yang ahli-ahlinya terdiri daripada staf-staf, pelajar Ijazah Sarjana Muda SGPI, pelajar APIDS serta alumni SGPI sendiri. Keluarga SGPI ini diadakan bertujuan agar senior-senior SGPI dapat mengenal dan memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepada junior-junior supaya dapat meneruskan kecemerlangan SGPI, serta mengeratkan ukhuwwah antara ahli-ahli keluarga SGPI merentasi kohort, memandangkan kami sendiri mempunyai ahli yang agak sedikit.

Untuk sistem pembelajaran, seperti yang boleh anda lihat di 'Pengenalan', subjek-subjek Pengajian Islam yang dipelajari di APIUM Nilam Puri, Kelantan untuk peringkat Asasi selama 2 semester, kesemuanya adalah dalam Bahasa Arab.(2015/2016) (Utk sesi 2017/2018: Program APIDS ini telah disingkatkan menjadi SETAHUN (2 semester) semuanya di UM Kuala Lumpur.) Dan, cabaran yang akan anda hadapi ialah anda perlu menyambung pelajaran di PASUM untuk subjek-subjek Sains, setelah meninggalkannya dalam tempoh lebih daripada setahun selepas tamatnya SPM, sekaligus perlu bersaing dengan pelajar PASUM iaitu junior anda yang muda setahun daripada anda pada waktu itu. Anggaplah ia sebagai pendorong semangat untuk bersaing secara sihat dengan pelajar PASUM dan menjadi kawan-kawan mereka juga.

Di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) pula, 50% adalah daripada subjek Sains mengikut pengkhususan, manakala 50% pula daripada subjek Pengajian Islam. Cabaran di sini pula ialah anda perlu berulang-alik daripada bangunan fakulti Pengajian Islam dan Sains di UM Kuala Lumpur nanti, dalam hari-hari pembelajaran anda. Apa yang menariknya di sini, anda juga akan belajar subjek pengantaraan, iaitu di mana anda dapat belajar perkaitan antara Sains dan Islam (bridge subjects).

Terdapat juga beberapa senior SGPI yang mendapat peluang untuk belajar di luar negara, seperti Jepun, Korea, Scotland, Turki dan berbagai lagi, dalam tempoh yang singkat, untuk program pengantarabangsaan atau 'Outbond' yang dibuat oleh pihak universiti, mahupun pihak luar yang menyediakan biasiswa. Jadi, masih ada peluang untuk anda menanam cita-cita untuk belajar di luar negara.

Untuk prospek pekerjaan yang boleh diceburi oleh pelajar APIDS dan SGPI ini, lebih meluas. Anda boleh menceburi bidang seperti bidang industri halal, ataupun mengikut pengkhususan yang anda pilih (boleh rujuk di 'Pengenalan'). Kami hanya tahu sedikit sahaja tentang ini, memandangkan kami masih baru berada di peringkat Asasi.

Tetapi, untuk makluman anda, 'course' ini tidak membolehkan anda untuk menceburi pengkhususan seperti perubatan dan kejuruteraan (Medic dan Engineering) di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree), walaupun terdapat subjek-subjek Sains yang dipelajari semasa di PASUM, atas sebab-sebab tertentu. Meskipun begitu, terdapat di antara senior SGPI yang berjaya menceburi bidang Medic mahupun Engineering di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Dalam hal ini, anda perlu bijak mencari segala peluang yang ada untuk mencapai cita-cita anda!

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, tetapi ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk anda mencapai kejayaan di masa hadapan, di dunia mahupun di akhirat In Shaa Allah. Sudah ramai pelajar SGPI yang berjaya menamatkan pembelajaran dalam 'course' ini dengan cemerlang sekali, yang boleh dijadikan model dan contoh untuk kita semua.

Kami sekadar mahu berkongsi kepada anda, bukan untuk mencari populariti, tetapi kerana ingin mengembangkan kembali Saintis Islam yang semakin hilang dibawa arus kemodenan ini. Harapan besar daripada kami supaya kita sama-sama dapat menuju kejayaan dan keredhaan Allah, In shaa Allah.


DIKEMASKINIKAN: 9 APRIL 2018
(Peringatan mesra: Kami bukanlah pihak pengurus mahupun penyelia. Kami hanya pelajar lepasan APIDS jua. :) Doakan perjalanan pengajian Degree kami, inshallah.

Jumaat, 19 Februari 2016

SIMFONI - 1001 Kenangan

  بسم الله الرحمن الرحيم

   Pada 31 Januari 2016 yang lalu, APIDS97 telah mengadakan program terakhir kami di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri iaitu SIMFONI – 1001 Kenangan. Program jamuan makan ini adalah sebagai majlis penghargaan dan pertemuan rasmi kami yang terakhir bersama para pensyarah di Nilam Puri. 

   Program dimulai dengan bacaan doa, serta ucapan daripada pensyarah-pensyarah yang berupa nasihat dan kata-kata terakhir khas buat kami, sebelum kami bakal menyambung pelajaran di UM Kuala Lumpur untuk semester akan datang. Kemudian, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan yang enak. Acara diteruskan dengan persembahan multimedia daripada ikhwah dan akhawat khusus buat para pensyarah. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pensyarah mengikut anugerah-anugerah tersendiri yang istimewa. Tidak lengkap sesuatu progam itu tanpa sesi bergambar, jadi acara penutup buat program kali ini adalah sesi bergambar ahli-ahli APIDS97 bersama para pensyarah. Setelah itu, ahli APIDS97 telah mengadakan aktiviti tukar-tukar hadiah sesama ahli-ahli sendiri.

   Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat para pensyarah dan asatizah kerana telah mencurahkan ilmu yang tidak ternilai kepada kami sepanjang dua semester mengajar kami di APIUM Nilam Puri. Ilmu yang telah kami perolehi akan kami manfaatkan dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Semoga kita dapat bertemu kembali pada masa akan datang jika umur masih panjang dan dengan izin-Nya, in shaa Allah.


Ustaz Najib memberikan ucapan perasmian majlis

Ucapan daripada pengarah program SIMFONI - 1001 Kenangan



 Sesi menjamu selera untuk para pensyarah dan pelajar


Ucapan terima kasih daripada pelajar akhawat untuk para pensyarah

 Acara penyampaian hadiah untuk para pensyarah


 Sesi bergambar APIDS97 bersama para pensyarah



AJK Tertinggi bagi program SIMFONI ini

Sesi bergambar bersama semua ahli APIDS97


AHLAN 2.0

   بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 23 hingga 26 Disember 2015, APIDS97 telah mengikuti aktiviti tahunan setiap APIDS iaitu AHLAN 2.0 (A Harmonious Linkage Among Novices). AHLAN kali ini merupakan pertama kali diadakan di kampus utama Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk kohort ke-14 (APIDS97) dalam sejarah APIDS. Program ini juga merupakan kerjasama antara APIdS96 dan keluarga SGPI. Banyak aktiviti bermanfaat dan ilmu baru yang kami telah perolehi.

     Day 1 - Setibanya kami di sana, saudara Afnan selaku pengarah program Ahlan 2.0 telah membawa kami bersiar-siar di dalam UMKL dan memperkenalkan setiap tempat yang ada. Setelah itu, kami dibawa ke Tasik Varsiti untuk bersarapan dan slot Ice-Breaking untuk dibahagikan ke dalam 3 kumpulan, serta slot pengenalan ahli-ahli AJK tertinggi Ahlan 2.0. Seusai aktiviti pada pagi itu, kami dibawa ke apartmen yang disediakan untuk aktiviti kendiri.

     Pada sebelah petang, kami dibawa ke Pusat Asasi Sains (PASUM) dengan berjalan kaki dari Kolej Kediaman Ungku Aziz yang didiami oleh pelajar APIDS96 dan pelajar PASUM sendiri, yang memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami bermain Explorace 3 Bahasa iaitu Bahasa Arab, Inggeris dan Bahasa Antarabangsa. Kami meneruskan aktiviti Explorace PASUM, di mana kami diberi gambar tempat checkpoint tersebut sebagai petunjuk untuk mencari lokasi checkpoint yang sebenar.

     Di sebelah malam, kami mengikuti aktiviti "Last Word Never Dies" iaitu tazkirah berantai. Program diteruskan dengan debat antara 4 kumpulan yang juga disertai oleh APIDS96 dan APIDS97. Sepanjang aktiviti ini, kami dapat berbahas dan berkongsi buah fikiran dengan tajuk soalan yang menarik.

     Day 2 - Pada paginya, kami diberi pendedahan mengenai subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal serta perkongsian oleh penyelaras APIDS di PASUM iaitu Dr. Faridah Ibrahim. Kami juga diberi perkongsian daripada APIDS96 tentang kehidupan mereka sebagai pelajar APIDS di PASUM.

     Pada waku tengahari, pelajar lelaki pergi menunaikan solat Jumaat manakala pelajar perempuan menjalankan aktiviti " Selamat Tengahari Cinta ". Setelah menunaikan solat zuhur, kami meneruskan program dengan persembahan APIDS97 daripada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan mengikut negeri. Seterusnya, persembahan daripada APIDS96 yang cukup menarik diikuti persembahan multimedia APIDS96 dan APIDS97.

     Pada lewat petang, tibalah masa untuk majlis perpisahan buat saudara Ahmad Syakir Bin Kadir, bekas mas'ul (ketua kelas) Majmuah 7, yang akan melanjutkan pelajarannya ke Madinah. Suasana agak sedih dan pilu memandangkan saudara Syakir banyak menyumbang dari segi idea dan tenaga kepada APIDS97. Setelah itu, Majlis Penutupan Ahlan 2.0 pun berlangsung menandakan tamatnya program bersama APIDS96 dengan jayanya.

     Pada malamnya, kami bersama-sama dengan wakil daripada pelajar senior dan alumni kami iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda SGPI (Sains Gunaan dan Pengajian Islam) dan mengadakan sesi perkongsian kepada APIDS96 dan APIDS97 mengikut pengkhususan ketika ijazah / degree. Kami mendapat penerangan yang lebih mendalam dan pengalaman mereka serta dapat bertanya soalan-soalan berkaitan dengan kursus tersebut.

     Day 3 - Kami memulakan aktiviti pagi dengan Hari Sukan yang dianjurkan oleh SGPI. Di sini, kami dapat mengeratkan hubungan antara senior-senior dan junior-junior kerana telah bekerjasama dalam satu kumpulan besar mengikut rumah sukan ketika permainan. Pada waktu tengahari, kami disajikan dengan hidangan mewah iaitu Kambing Bakar, Nasi Tomato dan juga Trifle yang sedap lagi menyegarkan.

     Pada sebelah petang, kami mendengar 'Career Talk'. Berbagai input yang berguna dapat kami perolehi seperti kerjaya yang akan ditawarkan dan kerjaya yang semakin mendapat perhatian terutamanya daripada syarikat-syarikat yang menerapkan konsep dan syariat Islam sebagai teras utama mereka.

     Maka, tamatlah AHLAN 2.0 dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memberi pencerahan kepada APIDS97, malahan dapat mengeratkan ukhuwah antara semua ahli SGPI dan APIDS. Kami, sebagai APIDS97 amat menghargai jasa pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang menarik ini. Terima kasih.


Sarapan di Tasik Varsiti


Sesi Ice-Breaking



Explorace 3 Bahasa



Explorace PASUM



Slot 'Last Word Never Dies' ; tazkirah berangkai

  Debat mengikut kumpulan


Persembahan dari APIDS97



Persembahan dari APIDS96


Slot perkongsian dari senior SGPI mengikut pengkususan



Hari Sukan SGPI




Grand Lunch ; hidangan kambing bakar

Slot Career Talk

Sesi bergambar bersama semua ahli SGPI dan APIDS




Rabu, 27 Januari 2016

Apa Kisah Kami ?



Adakah anda masih tidak puas mengetahui kisah kami?
Adakah anda masih tertanya-tanya apa yang kami terokai?
Adakah anda masih mahu tahu apa yang kami pelajari?

Ayuh bersama, kita mengenali APIdS dengan menyelami kisah-kisah kami!
Dibawakan khas oleh Mahasiswa serta Mahasiswi APIdS Kohort ke-14 (APIdS 97)

Khamis, 14 Januari 2016

Hari Sukan Bowling

Pada 2 Januari 2016 yang lalu, Exco Sukan Dan Kedinamikan (SWAGS) dengan kerjasama Exco Multimedia Dan Publisiti (EXCOMP) telah menganjurkan Hari Sukan Bowling yang bertempat di KB Mall, Kelantan. Terdapat sebahagian yang baru pertama kali mencuba untuk bermain Bowling, manakala yang sudah berpengalaman masing-masing menunjukkan kehebatan mereka untuk mendapatkan Strike dan mengutip mata sebanyak yang mungkin, walaupun tiada hadiah yang disediakan. Pada masa yang sama, pihak EXCOMP telah menganjurkan pertandingan Photo Of The Event, di mana sepanjang hari tersebut, pelajar APIDS diminta untuk mengambil apa-apa gambar yang menarik dan disertakan Button APIDS sebagai syarat penyertaan. Ini adalah salah satu usaha untuk menaikkan nama APIDS di persada dunia terutamanya melalui media sosial. Gambar-gambar tersebut hendaklah ber'hashtag' #apids97 dan #photooftheevent dan dimuat naik ke media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain.