Cari Blog Ini

Rabu, 27 Januari 2016

Apa Kisah Kami ?



Adakah anda masih tidak puas mengetahui kisah kami?
Adakah anda masih tertanya-tanya apa yang kami terokai?
Adakah anda masih mahu tahu apa yang kami pelajari?

Ayuh bersama, kita mengenali APIdS dengan menyelami kisah-kisah kami!
Dibawakan khas oleh Mahasiswa serta Mahasiswi APIdS Kohort ke-14 (APIdS 97)

Khamis, 14 Januari 2016

Hari Sukan Bowling

Pada 2 Januari 2016 yang lalu, Exco Sukan Dan Kedinamikan (SWAGS) dengan kerjasama Exco Multimedia Dan Publisiti (EXCOMP) telah menganjurkan Hari Sukan Bowling yang bertempat di KB Mall, Kelantan. Terdapat sebahagian yang baru pertama kali mencuba untuk bermain Bowling, manakala yang sudah berpengalaman masing-masing menunjukkan kehebatan mereka untuk mendapatkan Strike dan mengutip mata sebanyak yang mungkin, walaupun tiada hadiah yang disediakan. Pada masa yang sama, pihak EXCOMP telah menganjurkan pertandingan Photo Of The Event, di mana sepanjang hari tersebut, pelajar APIDS diminta untuk mengambil apa-apa gambar yang menarik dan disertakan Button APIDS sebagai syarat penyertaan. Ini adalah salah satu usaha untuk menaikkan nama APIDS di persada dunia terutamanya melalui media sosial. Gambar-gambar tersebut hendaklah ber'hashtag' #apids97 dan #photooftheevent dan dimuat naik ke media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain.











MTPM

Assalamualaikum w.b.t. 
Pada 15 hingga 21 November 2015, Jawatankuasa Tindakan Kolej telah berkolaberasi bersama APIDS 97 dalam sebuah program yang cukup menarik dan bermanfaat bagi seluruh warga APIUM Nilam Puri iaitu Minggu Transformasi Peribadi Muslim (MTPM). Program itu bertemakan "Aku Hero Ummah" dan menerapkan 4 elemen iaitu :

1. Muwajih (Berkehadapan)
2. Ikhtilat
3. Akhlak
  4. Ukhuwah

Antara aktiviti sepanjang minggu tersebut ialah The Voice, Rise Up Da'ieyah, Bedah Filem, Kuiz, Pidato, Pertandingan Short Film, The Torchbearers of Ummah, Apa Erti Aku Menganut Islam, Krisis Syria, Run In Iman dan ceramah di dewan kuliah.

Untuk Pertandingan Short Film, Video APIDS telah berjaya merangkul tempat Pertama.


Majlis Perasmian oleh Dr. Ahmad Najib bin Abdullah

The Voice

Pidato

Iftar Jama'ie

The Torchbearers Of Ummah

Apa Erti Aku Menganut Islam


Peserta Rumah Merah untuk Explorace

Bersama penceramah jemputan dari USM

Jualan APIDS sepanjang minggu MTPM