Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Disember 2015

MathClinic

Pada 18 Nov yang lepas iaitu bersamaan tarikh calon SPM 2015 menduduki kertas Matematik Tambahan, Exco Academic and Laboratory (Excalibur) telah mengadakan sesi ulangkaji bagi subjek Matematik Tambahan oleh semua pelajar APIdS 97. Ini sebagai salah satu langkah untuk mengembalikan ingatan semula subjek-subjek penting yang akan dipelajari di PASUM nanti. Setelah bertungkus-lumus menjawab soalan yang disediakan dengan menggunakan kalkulator yang telah setahun ditinggalkan, Alhamdulillah ulangkaji pada malam tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan.

Perbincangan jawapan diketuai oleh 
Hisyamuddin Hamdan
Pelajar APIdS sedang memerah otak setelah setahun
 tidak bertemu dengan subjek yang "mudah" ini




Jumaat, 13 November 2015

Kunjungan yang Dialu-alukan

Pada 4 November 2015 iaitu pada (hari) yang lalu, Dr Madiha binti Baharuddin, sebagai Penyelaras Sains Gunaan dan Pengajian Islam (SGPI) telah berkunjung ke APIUM Nilam Puri. Pertemuan yang diadakan adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat tentang SGPI dan APIDS serta bercerita tentang pengalamannya sepanjang menjadi pelajar APIDS batch pertama. Beliau juga turut menceritakan suasana pembelajaran di Nilam Puri dan Pusat Asasi Sains UM (PASUM) serta cabaran yang akan kami tempuh di sana kelak.
Sepanjang sesi ini, beliau sering selitkan kata-kata semangat kepada kami agar lebih berusaha dan berharap agar kami akan setia meneruskan perjuangan dalam  jurusan ini sehingga ke peringkat PHD.

Dr Madiha menceritakan
pengalamannya serba sedikit


Sesi fotografi bersama


Kami ucapkan jutaan terima kash kepada Dr Madiha atas kunjungannya dan sanggup meluangkan masa bersama kami semua. In Sha Allah kami akan terus berusaha menggapai impian yang dicita-citakan.

Aamiiin ya Rabb.

Ahad, 18 Oktober 2015

Ayuh Teruskan Menggembara!

Perjuangan kami masih belum tamat. Destinasi kami masih jauh.

Terus bangun dan bangkit dari masa lalu.
Terus melangkah setapak demi setapak.
Menuju ke arah Sabilillah.

بإذن الله




Bismillahirrahmanirrahim...18 Oktober 2015, bermulanya perjuangan semua siswa siswi kohort 14 APIdS untuk semester...
Posted by APIDS UM 2015/2016 on Saturday, 17 October 2015




ًربنا اتنا من لدنك رحمة
وهيئ لنا من امرنا رشدًا 
Ya Tuhan Kami, Berilah kami rahmat dari sisi-Mu
Dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami

امين

Sabtu, 19 September 2015

GST 2 - Game 'Chase The Chance'

Pada kali ini, Exco Kerohanian a.k.a Ecospian menganjurkan suatu permainan yang dinamakan 'Chase The Chance'. Permainan ini menguji ketangkasan otak berfikir dan badan bertindak.

Cara permainan ini ialah seperti bermain Ohsom (burung, batu, air) tetapi ditukar gaya kepada Puteri, Pemburu dan Harimau. Dua garis di tengah bertindak sebagai pemisah antara dua kumpulan yang berlawanan. Semua ahli kumpulan dikehendaki memijak atas garisan tersebut sebelum Ohsom. Pasukan yang menang dalam Ohsom akan mengejar ke arah pihak lawan dan menyingkirkan mereka dengan menyentuh mereka. Pasukan yang kalah pula mestilah lari ke kawasan rumah mereka, iaitu di dalam kawasan garisan yang paling tepi secepat mungkin sebelum diterkam oleh pasukan yang menang.

Pihak penganjur mengajarkan 
cara-cara bermain.

Salah satu pergerakan Ohsom
yang diperkenalkan.
#GayaPuteri
Masing-masing sedang melakukan pergerakan Ohsom

Alhamdulillah, terselamat daripada tersingkir






Ibrah atau pengajaran yang boleh diperolehi ialah permainan ini diibaratkan sebagai realiti kehidupan ini. Dalam permainan ini, kita adalah kita manakala pihak lawan kita itu diibaratkan sebagai halangan dalam hidup kita. Kita berhak memilih dan menentukan jalan kehidupan kita sebagaimana kita memilih untuk melakukan gaya Puteri, Pemburu mahupun Harimau. Jika kita sedar bahawa kita tersalah pilih, kita pulanglah ke pangkal jalan sebagaimana kita pulang ke kawasan 'rumah' kita semula. Akan tetapi, jika kita berjaya mengharungi segala cabaran, teruskan mengorak langkah dan maju ke hadapan dengan penuh yakin.

Sekian.

Sabtu, 12 September 2015

GST 1 - Tayangan Video 1.1

Setelah sekian lama menggunakan nama Usrah atau Daurah sebagai nama perjumpaan mingguan ahli APIDS, akhirnya pihak Exco Kerohanian a.k.a Ecospian telah mengambil inisiatif untuk menukarkan nama kepada nama yang lebih menarik dan sesuai iaitu GST (Geng Suka Tarbiyyah). Aktiviti pertama GST yang diadakan adalah tayangan video yang bertajuk Phase 3 oleh Wake Up Project Team.


Video 'Phase 3' yang disediakan oleh Ecospian sendiri ini sebenarnya mengandungi 20 klip video. Setiap klip video tersebut berdurasi sekitar enam minit. Namun pada hari ini, hanya klip video 1 hingga 5 sahaja yang ditayangkan. Selebihnya, akan ditayangkan pada masa yang akan datang. Pada hari ini, ahli-ahli apids belajar bahawa hakikat penipuan dan ketidakadilan yang semakin berleluasa mutakhir ini, tanda-tanda Dajjal serta ciri-cirinya dan pelbagai lagi.


Tayangan video ini bukanlah semata-mata tayangan yang menjadi suatu tontonan mereka semata-mata, akan tetapi sebagai seorang yang telah pun diterapkan dengan pelbagai ilmu sejak kecil, kami yang dipilih secara rawak dihendaki untuk merumuskan semula setiap klip video tersebut. 


Antara ahli APIDS yang dipetik untuk memberi
 ulasan tentang video yang telah ditayangkan.





Sementara itu, ahli-ahli APIDS yang lain turut
tekun mencatat nota ketika mendengar ulasan.

Insyaallah , segmen ini akan dilanjutkan pada masa akan datang dengan izinNya. 

Jumaat, 11 September 2015

Sukan APIDS

Pada hari Khamis bersamaan 10.9.2015, telah diadakan hari sukan Apids bagi ikhwah dan juga akhawat yang dikendalikan oleh Hisyamuddin bin Hamdan sebagai Exco Sukan dan Kedinamikan. Aktiviti sukan ini akan dilakukan setiap 2 minggu sekali bagi memastikan mahasiswa/wi sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas serta menghilangkan tekanan. 

   "كما قال الحكماء - "العقل السليم في الجسم السليم                                                       
                         
                                              
   Aktiviti riadah yang dijalankan adalah bermain futsal bagi ikhwah.











Lepas penat selfie dulu.


"A true friend is someone who sees the pain in your eyes while everyone else believes your smile ,so keep smile because only he knows what you feel"

#MAJULAHSUKANUNTUKAPIDS
#MAJULAHAPIDSUNTUKNEGARA

Selasa, 1 September 2015

AHLAN 1.0


Pada hari Ahad dan Isnin bersamaan 30 dan 31 Ogos 2015, telah diadakan satu program khas bagi mahasiswa/wi Apids97 di Nilam Puri iaitu A Harmonious Linkage Among Novices (AHLAN) yang dikendalikan oleh Apids96 yang kini berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Program ini merupakan wadah pencerahan tentang Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIDS) dan juga Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS) serta Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM).

Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali. Kali pertama akan diadakan pada semester 1 iaitu yang ini, AHLAN 1.0. Kali kedua pula InshaaAllah akan diadakan pada semester 2 yang akan datang. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini.


Solat maghrib dan Isya' berjemaah beserta tazkirah berantai sebelum pendedahan tentang APIDS berlangsung.




Akhawat dan Ikhwah sedang khusyuk mendengar taklimat.



Taklimat diberikan oleh Dr Shaikh Mohd Saifuddeen

dan juga dari Saudara Mustaqim Malek dari kohort ke-8
Keesokan harinya, Lajnah-lajnah diperkenalkan dari Apids96 dan Apids97.
Mantan Presiden Apids96 di Nilam Puri

Mantan Timbalan Presiden Apids96

Presiden Apids97
Timbalan Presiden Apids97

Antara aktivi AHLAN 1.0 adalah perbincangan antara Lajnah Apids96 dan Apids97.







Selepas itu, Explorace diadakan oleh ahli Apids96 untuk ahli Apids97 demi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.












Pada malamnya pula, sebelum Apids96 pulang ke UMKL, penyampaian hadiah diadakan bagi Explorace serta persembahan khas daripada Apids96 serta Apids97.